fbpx

Bagaimana Untuk Mulakan Perjalanan ESG di Dalam Syarikat Anda

by | Jul 11, 2023 | Business, Contracts, ESG, Featured, Law

Syarikat PKS dan ESG. Bagaimana anda boleh mulakan perjalanan ESG di dalam syarikat anda.

 

Secara dasarnya, sehingga tarikh artikel ini ditulis,  masih tidak ada lagi satu kerangka kerja khusus bagi sesebuah syarikat PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) perlu patuhi untuk menunjukkan bahawa syarikat PKS adalah syarikat patuh-ESG (Environmental Sustainability Governance). Namun begitu, peralihan syarikat-syarikat PKS kepada patuh-ESG adalah sesuatu yang mungkin tidak dapat dielakkan pada masa terdekat ini. Ini adalah kerana dunia perniagaan telah berubah dan sesuatu syarikat yang berjaya itu bukan hanya diukur dari sudut keuntungannya sahaja, tetapi  dipandang dari sudut etika syarikat dalam pengurusan sumber manusia dan alam sekitar.

 

Jadi apakah yang anda sebagai syarikat PKS perlu lakukan? Untuk membantu anda lebih memahami peralihan syarikat patuh ESG, 5 perkara tersebut anda boleh jadikan panduan bagi permulaan.

 

  1. Menilai amalan kelestarian (sustainability) semasa.

Mungkin syarikat anda, tanpa sedar telah pun mengamalkan nilai kelestarian seperti penjimatan penggunaan tenaga, pengurusan sisa, polisi pekerja dan pengurusan rantaian bekalan. Sekiranya belum, anda boleh mulakan dengan satu atau dua perkara yang syarikat anda ingin fokuskan terlebih dahulu.

 

  1. Menetapkan matlamat kelestarian.

Berdasarkan perkara no.1 di atas, tetapkan matlamat (goal) yang spesifik. Contoh ; anda memilih untuk memastikan syarikat anda menjimatkan penggunaan tenaga. Anda boleh mulai dengan memastikan sebarang penggunaan penghawa dingin hanya ketika bilik atau ruang pejabat di gunakan; atau pastikan pekerja anda mematikan penggunaan elektrik ketika mereka keluar untuk makan tengah hari.

 

Jadikan ia matlamat yang boleh di ukur dalam jangka masa pendek ataupun panjang.

 

  1. Melibatkan pihak berkepentingan (stakeholders) di dalam syarikat.

Apabila anda telah menetapkan matlamat kelestarian syarikat anda, sampaikan matalmat tersebut kepada pihak berkepentigan syarikat anda seperti pekerja, pelanggan, pembekal dan juga pelabur dan libatkan mereka di dalam perjalanan peralihan syarikat anda kepada syarikat patuh-ESG.

 

  1. Menintegrasikan kelestarian ke dalam operasi syarikat.

Anda boleh mula secara perlahan mengintegrasikan kelestarian di dalam operasi syarikat anda seperti pemasaran, reka bentuk produk dan latihan pekerja. Mungkin anda boleh mencari alternatif untuk menggunakan bahan kitar semula, pengurangan bahan sisa dan melabur di dalam pembanguan insan di kalangan pekerja syarikat.

 

  1. Mengukur dan melaporkan prestasi kelestarian

Ukur dan menyediakan laporan prestasi kelestarian syarikat anda. Gunakan data tersebut untuk mengenal pasti bidang yang syarikat anda perlu baiki, mengesan kemajuan matlamat kelestarian dan pastikan anda sampaikan usaha ini kepada pihak berkepentingan.

 

Mungkin pengamalan kelestarian di dalam syarikat anda adalah sesuatu yang sangat baru dan tidak diberikan keutamaan kerana terlalu banyak yang ingin dilihat dan diukur. Namun dunia perniagaan di seluruh dunia sudah berubah. Kepentingan untuk menjaga kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus sangat dititik beratkan. Mungkin juga suatu hari nanti pendekatan lebih ketat seperti laporan patuh-ESG secara wajib seperti yang telah dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat tersenarai awam sejak tahun 2016 digunapakai ke atas syarikat PKS.

 

Anda boleh hubungi kami sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ESG dan bagaimana kami boleh membantu anda dalam merangkakan penilaian ESG syarikat anda.

NUR HAZIAN GHAZALI Senior Associate

 

Anda boleh juga membaca blog ESG kami yang lain

Peranan Penting ESG untuk Syarikat Kecil dan Sederhana dan Sokongan dari Peguam

Incorporating ESG into Business Contracts: How Lawyers Empower SMEs to Drive Sustainable Practices

Role of Lawyers in Assisting SMEs Incorporating ESG

The Crucial Role of ESG for Small and Medium-Sized Companies and the Value of Legal Support

 

Share This