fbpx

Pembuktian Melalui Laporan Pakar Perubatan

by | Aug 17, 2022 | Featured, Law

  1. Pertama sekali, sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap pasukan perubatan hospital kerajaan, penting untuk mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kes yang bakal dibawa. Dalam kes berkaitan ‘medical negligence’ atau kecuaian perubatan, bukti yang penting adalah laporan perubatan (medical expert evidence).

 

  1. Terdapat beberapa jenis kategori yang boleh mendapatkan laporan perubatan ini. Kategori-kategori ini terdiri daripada:

 

  • Pesakit;
  • Waris kepada pesakit ;
  • Agen atau wakil, termasuk peguam, mahkamah, dan pegawai polis untuk tujuan siasatan.

 

  1. Persoalannya, bagaimana untuk mendapatkan laporan perubatan tersebut? Terdapat tiga jenis laporan perubatan yang kebiasaannya dikeluarkan oleh hospital kerajaan iaitu:

 

3.1          Laporan Perubatan biasa yang disediakan oleh Pegawai Perubatan (Medical Officer);

3.2          Laporan Ringkas atau Pendapat yang disediakan oleh Pakar Perubatan; dan

3.3          Laporan Perubatan Terperinci disediakan oleh Pakar Perubatan.

 

Nota:      Semua laporan-laporan ini boleh didapatkan melalui Jabatan Rekod Hospital Kerajaan.

 

  1. Sekiranya laporan tersebut masih tidak memuaskan hati, pemohon boleh dapatkan pendapat kedua daripada pihak ketiga iaitu daripada hospital swasta dengan syarat, Pakar Perubatan yang menyediakan laporan tersebut mestilah mempunyai tahap kelayakan yang setaraf atau lebih tinggi daripada pakar yang menyediakan laporan sebelumnya di hospital kerajaan.

 

  1. Persoalannya, apabila terdapat dua laporan perubatan yang bercanggah antara satu sama lain, apakah pendekatan yang diambil oleh mahkamah dalam memilih laporan perubatan yang tepat dan kredibel? Merujuk kepada kes Collector Of Land Revenue v Alagappa Chettiar [1971] 1 MLJ 43, Privy Council telah memutuskan seperti berikut:

 

“Where there is a conflict between the opinions given by more than one expert, the Judge has the right to prefer on opinion to the other…A finding that the opinion of one expert witness is to be preferred to that of another, is also one which is not lightly to be disturbed by an appellate court unless it can be demonstrated that the judge who heard and saw them give their evidence has misunderstood it or that his reasons for preferring one to the other are clearly unsound.”

 

Ini bermaksud, mahkamah boleh memilih antara dua laporan yang bercanggah tersebut dan keputusan tersebut adalah keputusan yang tidak boleh disangkal melainkan jika keputusan tersebut dibuat atas kesilapan.

 

  1. Mahkamah di dalam kes Teoh Ah Cha @ Teoh Sik Sen & Ors v Huatson Sdn Bhd & Ors [2018] MLJU 999, dimana dua pakar tulisan tangan atau ‘handwriting experts’ telah memberi pendapat yang bercanggahan berkenaan dengan kes tersebut. Mahkamah dalam kes ini merujuk kepada kes Batu Kemas Industri Sdn Bhd v. Kerajaan Malaysia Tenaga Nasional Bhd [2015] 7 CLJ 849 di mana Mahkamah Rayuan memutuska;

 

“In our view, when expert opinions are in conflict with one another the court is obliged to assess the evidence and accept if necessary the most reliable parts in forming its decision (see Mohamed Ismail Mohamed Shariff v. Zain Azahari Zainal Abidin & Ors [2013] 2 CLJ 717;; [2013] 2 MLJ 605). In that process the court may put relevant questions to the expert for the purposes of clarification or eliciting further information (see Lim Teck Kong v. Dr Abdul Hamid Abdul Rashid & Anor [2006] 1 CLJ 391;; [2006] 3 MLJ 213).”

 

  1. Mahkamah di dalam kes Jitweer Singh a/l Ojagar Singh v Public Prosecutor [2016] 4 MLJ 525 merujuk kepada kes Singapore Finance v Lim Kah Ngam (S’pore) [1984] 2 MLJ 202, di mana Lai Kew Chai J memutuskan seperti berikut;

 

‘‘My approach in evaluating the conflicting experts’ evidence is to examine the scientific grounds and bases, on which they rely. Where the opinion of an expert is based on reports of facts and empirical   observations,   I   have   endeavored   to   satisfy   myself,   on   a   balance   of   probabilities, whether those facts did in truth exist and whether any inference or inferences drawn from those facts, taken individually and collectively, were sound or not.

 

  1. Manakala di dalam kes Tengku Jonaris Badlishah v PP [1999] 2 SLR 262, tertuduh, yang didakwa membunuh, mendakwa bahawa dia mengalami pengurangan tanggungjawab pada masa material akibat kemurungan dan ‘mabuk ganja’. Pakar beliau memberi kesaksian mengenai hal ini. Pakar pendakwaan berhujah bahawa tertuduh tidak mengalami sebarang kelainan fikiran. Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa pakar pendakwaan adalah lebih konsisten dalam keterangannya dan bahawa pemerhatiannya mengenai keadaan fikiran tertuduh adalah lebih meyakinkan Mahkamah menyokong pendekatan yang diambil oleh Gould J dalam McLean v Weir[1973] 3 CCLT 87 yang memutuskan seperti berikut:

 

If   the   medical   evidence   is   equivocal,   the   court   may   elect   which   of   the theories   advanced   itaccepts. If only two medical theories are advanced, the court may elect between the two or reject them both; it cannot adopt a third theory of its own, no matter how plausible such might be.

 

 

  1. Dalam kes PP lwn Dato’ Seri Anwar Ibrahim [2014] 3 AMR 220 prinsip undang-undang yang berkaitan dengan pendapat pakar yang bercanggah sekali lagi dibincangkan. Dalam kes ini, kedua-dua pihak pendakwa dan pihak pembelaan masing-masing membawa pakar masing-masing untuk memberi keterangan di mahkamah. Dalam kes ini, mahkamah melihat bukan sahaja bagaimana laporan itu dianalisis dengan teliti dan peribadi oleh pakar untuk pendakwa, iaitu PW5 dan PW6 tetapi juga kelayakan yang dipegang oleh mereka. Laporan daripada pakar defendan (DW2 dan DW4) terdiri daripada kritikan terhadap kaedah yang diterima pakai oleh plaintif’sexpert. Mahkamah Rayuan mengulas bahawa kedua-dua DW2 dan DW4 hanyalah “pakar kerusi lengan” yang pendapatnya berdasarkan buku teks dan jurnal. Oleh itu, pendapat mereka tidak dapat menandingi justifikasi yang diberikan oleh pakar-pakar pendakwaan. Dalam memutuskan perkara itu, mahkamah menyatakan di [130] bahawa:

 

Dalam menerima keterangan saksi pakar, hakim perbicaraan yang terpelajar telah gagal untuk mempertimbangkan bahawa dari segi nilai probatif bagi buktinya, keterangan PW5 sepatutnya lebih dipercayai dalam erti kata bahawa PW5 sendiri telah menjalankan pelbagai ujian dan analisis sampel berbanding DW2 dan DW4 yang tidak mendapat faedah melakukan analisis itu sendiri. Keterangan kedua-dua DW2 dan DW4 adalah pendapat semata-mata berbanding keterangan kedua-dua PW5 dan PW6 yang berfakta dan berdasarkan analisis mereka sendiri terhadap sampel. Kedua-dua DW2 dan DW4 hanyalah “pakar kerusi lengan”. Dari segi kelayakan, hakim perbicaraan yang arif telah mendapati PW5 mempunyai kelayakan yang sempurna, memegang PhD dalam DNA Forensik dan merupakan ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia. Begitu juga PW6, yang hakim perbicaraan terpelajar telah didapati tanpa ragu-ragu pakar dalam analisis DNA dan cekap dari segi akademik dan kelayakan profesional dan pengalamannya.

 

Sekian.

Oleh: Nur Dhia Almas binti Muhamad Aizam Pelajar Praktikal, Tetuan Amir Khusyairi & Associates, Teluk Intan

RUJUKAN:

 

  1. http://www.myhealth.gov.my/jenis-jenis-laporan-perubatan-di-hospital-kkm/

 

  1. Collector Of Land Revenue v Alagappa Chettiar [1971] 1 MLJ 43, Privy Council

 

  1. Teoh Ah Cha @ Teoh Sik Sen & Ors v Huatson Sdn Bhd & Ors [2018] MLJU 999

 

  1. Jitweer Singh a/l Ojagar Singh v Public Prosecutor [2016] 4 MLJ 525

 

  1. Tengku Jonaris Badlishah v PP [1999] 2 SLR 262

 

  1. PP lwn Dato’ Seri Anwar Ibrahim [2014] 3 AMR 220

Share This