Pengurusan Harta Pusaka, Amanah Wasiat & Surat Kuasa Mentadbir
Kepakaran kami membantu anda menguruskan harta pusaka arwah dan mengagihkan kepada waris yang berhak.
Dapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan Geran Probet yang sah.
Selesaikan isu-isu wasiat dan amanah antara ahli keluarga.
Apabila arwah meninggal dunia, siapa yang layak mewarisi hartanya? Bagaimana pula dengan kebajikan waris-waris yang ditinggalkan?
Kematian bukanlah topik yang mudah untuk dibincangkan. Kami memahami tekanan dan bebanan yang dialami oleh si waris untuk menguruskan pengagihan harta pusaka ketika masih lagi berhadapan dengan kehilangan arwah yang dikasihi. Namun, untuk mengelakkan pembekuan harta pusaka dan bagi menjaga kebajikan waris-waris, ia tetap perlu dilakukan.
Di sinilah kami di Amir Khusyairi & Associates menawarkan sokongan serta penyelesaian dengan khidmat peguam syarie yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:
Surat Kuasa Mentadbir
Surat kuasa mentadbir adalah dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah yang memberikan seseorang kuasa undang-undang untuk bertindak sebagai pentadbir harta pusaka bagi harta si mati apabila si mati meninggal dunia tanpa wasiat.
Kami membantu pelanggan kami untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir supaya harta si mati dapat diakses, diurus dan diagihkan kepada waris yang layak. Ini termasuklah dengan akaun kewangan dan hartanah yang dimiliki oleh si mati. Perkhidmatan kami dapat membantu anda menguruskan harta si mati dengan lancar dan mengelakkan sebarang kelewatan dalam pengagihan harta kepada waris.
Pentadbiran Probet
Sekiranya si mati sempat meninggalkan wasiat, harta pusakanya akan diuruskan melalui Geran Probet. Ia adalah dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah yang melantik seorang eksekutor untuk menguruskan harta si mati mengikut wasiat.
Kami membantu pelanggan kami untuk mendapatkan Geran Probet berserta eksekutor yang dilantik untuk mengurus dan mengagihkan harta mengikut apa yang telah ditulis dalam wasiat si mati.
Hibah (Untuk Muslim)
Diterjemahkan dari perkataan ‘hadiah’, hibah membolehkan seseorang memberikan harta mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka inginkan.
Perkhidmatan kami memastikan penerima yang telah dinamakan akan menerima harta hibah mengikut apa yang telah pemberi hibah tetapkan.
Perlindungan Harta
Perlindungan harta adalah konsep strategi undang-undang yang membolehkan perniagaan dan individu untuk melindungi kepentingan mereka dalam syarikat atau perniagaan.
Kami membantu dalam melindungi privasi kewangan anda, melindungi daripada halangan tuntutan mahkamah, pencurian dan mengurangkan risiko tanggungjawab.
Kebajikan Waris OKU atau Keperluan Khas
Perancangan harta untuk menjamin masa depan waris OKU atau keperluan khas.
Perkhidmatan kami memastikan penjaga yang sah akan dilantik mengikut undang-undang supaya harta pusaka dapat sampai kepada waris dan mereka dapat dijaga dengan baik.
Panduan 6 Langkah Pengurusan Harta Pusaka
Senaraikan Hutang & Wasiat Si Mati
Mulakan dengan mengumpul sebarang Wasiat, Hibah, dan Wakaf serta menyenaraikan hutang si mati yang sama ada dari bank, hutang peribadi atau rakan-rakan.
Melantik Peguam Untuk Menguruskan Dokumen Undang-Undang Di Mahkamah
Peguam yang dipercayai akan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet untuk anda dan mengawal selia urusan pengagihan harta si mati serta menasihati anda dalam sebarang aspek undang-undang.
Senaraikan Harta Si Mati
Langkah seterusnya adalah mengetahui harta apa yang ditinggalkan oleh si mati. Ini termasuklah akaun bank, polisi insurans, tanah atau rumah, kenderaan dan harta-harta lain.
Harta Disalurkan Mengikut Persetujuan
Setelah anda secara sah dapat mengakses dan menguruskan harta si mati, anda boleh meneruskan untuk mengagihkannya di kalangan waris-waris yang dipersetujui.
Pertemuan & Perbincangan Antara Ahli Keluarga
Pertemuan rasmi dengan ahli keluarga harus diadakan untuk membincangkan pengagihan harta. Persetujuan pengagihan harta boleh berlaku melalui faraid atau perjanjian bersama. Perkara penting dalam pertemuan ini juga ialah melantik wakil untuk menguruskan harta si mati.
Menyelesaikan Pemindahan Hakmilik Atau Pembelian
Sebaik selesai pengagihan harta, peguam anda akan melengkapkan sebarang dokumen-dokumen pemilikan seperti yang diperlukan oleh undang-undang.
Senaraikan Hutang & Wasiat Si Mati
Mulakan dengan mengumpul sebarang Wasiat, Hibah, dan Wakaf serta menyenaraikan hutang si mati yang sama ada dari bank, hutang peribadi atau rakan-rakan.
Senaraikan Harta Si Mati
Langkah seterusnya adalah mengetahui harta apa yang ditinggalkan oleh si mati. Ini termasuklah akaun bank, polisi insurans, tanah atau rumah, kenderaan dan harta-harta lain.
Pertemuan & Perbincangan Antara Ahli Keluarga
Pertemuan rasmi dengan ahli keluarga harus diadakan untuk membincangkan pengagihan harta. Persetujuan pengagihan harta boleh berlaku melalui faraid atau perjanjian bersama. Perkara penting dalam pertemuan ini juga ialah melantik wakil untuk menguruskan harta si mati.
Melantik Peguam Untuk Menguruskan Dokumen Undang-Undang Di Mahkamah
Peguam yang dipercayai akan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet untuk anda dan mengawal selia urusan pengagihan harta si mati serta menasihati anda dalam sebarang aspek undang-undang.
Pertemuan & Perbincangan Antara Ahli Keluarga
Pertemuan rasmi dengan ahli keluarga harus diadakan untuk membincangkan pengagihan harta. Persetujuan pengagihan harta boleh berlaku melalui faraid atau perjanjian bersama. Perkara penting dalam pertemuan ini juga ialah melantik wakil untuk menguruskan harta si mati.
Menyelesaikan Pemindahan Hakmilik Atau Pembelian
Sebaik selesai pengagihan harta, peguam anda akan melengkapkan sebarang dokumen-dokumen pemilikan seperti yang diperlukan oleh undang-undang.
Peguam Syarie Kami Bersedia Membantu Anda Menguruskan Harta Si Mati
Sama ada si mati meninggalkan wasiat atau tidak, kami bersedia memberi khidmat nasihat dan penyelesaian undang-undang untuk anda.
Peguam syarie kami yang berpengalaman akan meringankan beban anda dan memastikan harta pusaka si mati disalurkan dengan sewajarnya kepada waris-waris yang berhak.
Testimoni Pelanggan
Dengar Apa Yang Mereka Katakan Tentang Kami
Hubungi Peguam Syarie Kami Hari Ini
Kami bersedia menyokong dan membantu anda selesaikan masalah pewarisan yang dialami dengan khidmat nasihat serta penyelesaian undang-undang praktikal.