fbpx

Tips Undang-Undang Sebelum Eksport

by | Sep 8, 2022 | Business, Contracts, Featured, Law

Seronok lihat kawan-kawan di media sosial yang berada di MIHAS yang dianjurkan oleh MATRADE yang berlangsung dari 7-10 September 2022. Setelah lebih 2 tahun menghadapi kesukaran untuk berjumpa pembeli luar negara, ini peluang bisnes Malaysia menyambung dan meningkatkan jualan eksport.
Usahawan mesti teruja berjumpa dengan pembeli-pembeli luar negara dan potensi untuk eksport. Jangan terlalu teruja hingga lupa beberapa tips undang-undang berikut:-
1. Pastikan ada hitam putih (Put it down in writing).
Mungkin ada bisnes yang biasa bisnes secara janji mulut atau handshake di Malaysia. Mungkin tidak ada masalah sebelum ini tetapi bila berurusan dengan pembeli luar, perlu lebih berhati-hati dan perlu menyediakan perjanjian bertulis. Ini lebih-lebih lagi akan berlaku salah faham diatas perbezaan bahasa dan budaya berbisnes.
2. Memorandum of Understanding (MOU) bukan perjanjian yang mengikat.
Tahniah jika ada berjaya menandatangani MOU tetapi MOU hanya permulaan kepada urusan bisnes anda. MOU adalah komitmen untuk berbincang dan bekerjasama secara umum. Langkah berikutnya adalah untuk memuktamadkan perjanjian bertulis. Jangan bergantung semata-mata pada MOU.
3. Kalau komitmen dari segi wang atau produk, wajib ada perjanjian bertulis.
Sebagai panduan umum, jika anda perlu beri komitmen duit (kena bayar deposit, hantar sample produk etc), itu memerlukan perjanjian bertulis. Jika anda memerlukan pembeli anda membayar atau memberi komitmen membeli produk anda, itu semua wajib perlu ada perjanjian bertulis.
4. Undang-undang Malaysia tidak sama di negara lain.
Jangan sangka undang-undang bisnes dan kontrak Malaysia sama seperti di negara-negara lain. Setiap negara mempunyai sistem perundangan tersendiri, cara kuatkuasa kontrak tersendiri etc. Ini belum isu nak guna undang-undang negara mana, nak bawa pertikaian ke Mahkamah Malaysia atau mahkamah negara pembeli etc.
5. Bukan tugas MATRADE atau kerajaan Malaysia menyelamatkan atau menyelesaikan masalah bisnes anda.
Perlu diingatkan bahawa bukan tugas MATRADE mahupun kerajaan Malaysia membantu and jika ada masalah dengan pembeli. Katakan dah hantar barang tetapi pembeli tak bayar – bukan tugas kerajaan Malaysia bantu kutip hutang untuk anda. In shaa allah kerajaan akan membantu sedaya upaya tetapi adalah tugas utama anda sebagai pemilik bisnes untuk memastikan perjanjian dan dokumen lengkap. Semua lengkap baru senang sikit kerajaan nak bantu. Ini perjanjian pun tak ada; yang ada mesej-mesej whatsapp.
6. Setiap Produk atau Servis yang dieksport mempunyai Peraturan tersendiri.
Peraturan membawa masuk makanan di Indonesia tidak sama seperti di Jepun. Jadi, amat penting untuk anda dan terutama sekali pembeli anda tahu peraturan-peraturan yang perlu. Disini juga pentingnya perjanjian bertulis kerana perlu dinyatakan siapa yang bertanggungjawab keatas peraturan-peraturan ini.
Banyak Produk dan Servis Malaysia bertaraf dunia dan boleh Berjaya di persadar dunia. Pada masa penulisan ini, penukaran wang US Dollar kepada RM adalah 4.50. Ini suatu kelebihan untuk kita eksport!
Eksport dengan betul, teratur dan profesional daripada mula lagi. Jangan ada masalah baru nak cari peguam.
NIK ERMAN NIK ROSELI | PARTNER | COMMERCIAL LAWYER

Share This