fbpx

Apa Anda Perlu Tahu Sebagai Pengedar Eksklusif

by | Jan 9, 2022 | Business, Contracts, Featured, Law

Sebagai wakil atau pengedar sesuatu produk atau servis, pengedar tersebut akan dilantik samada sebagai pengedar eksklusif (Exclusive Distributor) atau pengedar tidak eksklusif (Non-Exclusive Distributor). Ada pengedar yang tidak sedar pun apa lantikan mereka tetapi kebanyakan tidak tahu apa perkara-perkara penting dilantik pengedar ekslusif jika dibandingkan dengan lantikan pengedar tidak eksklusif.

Pengedar Ekslusif.

Kelebihan utama lantikan ini adalah anda seorang sahaja yang mengedar produk atau servis itu; tidak ada pesaing yang dilantik oleh Pemilik. Ini membolehkan pengedar fokus kepada pemasaran, pengiklanan dan promosi kerana apa-apa hasil jualan akan diterimanya sepenuhnya. Meraka boleh mengambil syer pasaran (Market Share) keseluruhan kawasannya.

Kawasan Perlantikan.

Walaupun begitu, pengedar perlu memastikan kawasan mana yang beliau dilantik secara eksklusif. Lantikan eksklusif adalah berdasarkan eksklusif pada sesuatu kawasan. Sebagai contoh – lantikan di Malaysia; pengedar eksklusif di Malaysia sahaja. Pemilik boleh melantik pengedar lain di Singapura, Brunei dan Indonesia. Ada juga lantikan eksklusif pada sesuatu negeri, daerah atau kawasan.

Risiko Pengedar Eksklusif.

Walaupun pengedar diberi hak eksklusif tetapi di zaman internet dimana pembelian boleh dilakukan dimana-mana, kelebihan ini berkurangan. Perjanjian pengedar anda perlu memastikan ada klausa yang menguruskan risiko pertindihan (overlap) kawasan. Ini lebih terserlah dikawasan yang berhampiran seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Risiko kedua sebagai pengedar eksklusif adalah kemungkinan besar adanya KPI (Key Performance Index) dan pemantauan prestasi. Ini kerana Pemilik perlu memastikan pengedar mencapai prestasi kerana tiada pengedar lain dikawasan tersebut. Pastikan sebagai pengedar, teliti apa KPI dan apa akibat jika KPI tidak tercapai. Anda mungkin “dibuang” sebagai pengedar eksklusif yang lumayan kerana ada orang lain hendak masuk kawasan tersebut. Pastikan klausa penamatan sebagai pengedar eksklusif adalah jelas (dan adil).

Halangan Menjual Produk / Servis Lain.

Pastikan juga tiada halangan untuk menjual produk atau servis lain apabila dilantik sebagai pengedar eksklusif. Ada Pemilik yang tidak membenarkan pengedar menjual produk atau servis lain walaupun produk atau servis itu tidak bersaing dengan produk atau servis Pemilik.

Paling penting, pastikan ada perjanjian bertulis apabila anda dilantik sebagai pengedar eksklusif dan pastikan ia mempunyai terma-terma penting yang dilindungi hak masing-masing.

NIK ERMAN NIK ROSELI Commercial & Sports Lawyer

Share This