‘Bolehkah menyimpan haiwan peliharaan di Skim Strata?’
“Boleh ke saya pelihara kucing di condo saya? Bukan kucing-kucing biasa tau; ini Maine Choone tau” https://thegracecat.com/the-ultimate-maine-coon-guide-in-malaysia/#:~:text=will%20be%20comfortable.-,How%20Much%20Does%20a%20Maine%20Coon%20Cost%3F,to%20RM10%2C000%20in%20Malaysia.
Salah satu kerisauan penduduk di kondominium, apartmen dan juga flat (juga dikenali sebagai Skim Strata) adalah samada mereka dibenarkan untuk menyimpan haiwan peliharaan di kediaman mereka. Bunyi seperti benda kecil sahaja tetapi anda perlu tahu undang-undangnya. Untuk menjawab kerisauan penduduk ini, perkara pertama adalah untuk mengetahui undang-undang pengurusan strata.
Menurut Peraturan 14 Jadual Ketiga Peraturan Pengurusan Strata 2015 :
- Penduduk tidak dibenarkan menyimpan haiwan di dalam kediaman (parcel) atau menyimpan haiwan di Harta Bersama yang mana akan menimbulkan kegusaran atau mengganggu penduduk atau membahayakan keselamatan atau kesihatan penduduk lain atau yang bersalahan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
- Pemilik yang melakukan perlanggaran, dalam masa tiga hari selepas menerima notis daripada perbadanan pengurusan hendaklah mengalihkan/memindahkan haiwan tersebut. Sekiranya gagal, perbadanan pengurusan boleh mengambil tindakan untuk mengalihkan/memindahkan haiwan tersebut di mana segala kos akan dikenakan kepada pemilik dan perbadanan pengurusan tidak akan bertanggungan terhadap segala kerosakan dan kerugian yang disebabkan oleh proses pengalihan/pemindahan tersebut.
Secara kesimpulannya, penduduk di Skim Strata dibenarkan menyimpan haiwan peliharaan selagi :
- Tidak menimbulkan kegusaran atau mengganggu penduduk lain;
- Tidak menimbulkan bahaya terhadap keselamatan dan kesihatan penduduk lain;
- Tidak melanggar undang-undang atau peraturan termasuklah undang-undang dan peraturan pihak berkuasa tempatan.
Jadi, kucing boleh ke? Kalau tak timbulkan kegusaran, menganggu, timbulkan bahaya terhadap keselamatan atau kesihatan penduduk lain. Bagaimana pula kalau anjing? Ikan? Kura-kura? Burung? Apa-apa pun, rujuk semula undang-undang strata diatas.
Peraturan Kecil – ‘Additional By Laws’
Perbadanan Pengurusan boleh membuat atau meminda peraturan kecil untuk perkara ini di mana Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan hendaklah mendapatkan resolusi khas semasa mensyuarat agung. Badan Pengurusan juga boleh mengenakan denda tidak lebih daripada RM200 atas kesalahan ini.
Peraturan Pihak Berkuasa Tempatan
Menyimpan haiwan peliharaan oleh penduduk Skim Strata juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.
Recent Comments