Apa yang boleh dilakukan oleh JMB sekiranya terdapat pemilik unit yang gagal untuk membayar yuran penyenggaraan?
Sekiranya anda merupakan JMB yang berhadapan dengan masalah dengan keengganan pemilik unit untuk menyelesaikan yuran penyelenggaran, ada beberapa langkah yang boleh dibuat oleh JMB. Antaranya ialah :
- Mengeluarkan surat/notis peringatan kepada pemilik unit terhadap tunggakan yuran penyenggaraan untuk membayar tunggakan yuran penyengaraan dalam masa 14 hari dari notis tersebut;
- JMB juga boleh bertindak untuk ‘deactivate’ penggunaan ‘electromagnetic device’ kepada harta Bersama yang telah diberikan kepada ‘defaulter’. Namun, untuk menjalankan tindakan ini, JMB dan MC juga perlu berhati-hati dan tidak mengganggu penggunaan harta ‘defaulters’ tersebut. Dalam tempoh ini sekiranya pemilik ingin menggunakan harta Bersama tersebut terutamanya lif, JMB boleh menyediakan buku register ‘defaulter’ semasa ‘defaulter’ ingin menggunakan kemudahan tersebut.
- JMB juga boleh membenarkan ‘defaulter’ yang igin membuat bayaran tunggakan tersebut dengan pembaran secara ansuran dengan meletakkan syarat yang sebagaimana difikirkan sesuai.
- Menyediakan ‘defaulters list’ yang mengandungi nama, no unit dan jumlah tertunggak tersebut. ‘Defaulters list ini boleh ditampal di papan notis bangunan dan hendaklah dikemas kini ada setiap hujung bulan. Namun, sila dapatkan nasihat Peguam anda sekiranya JMB berniat untuk mengambil tindakan ini.
- Mengeluarkan surat tuntutan daripada Peguam yang dilantik.
- Memulakan tindakan kepada ‘defaulters’ melalui Tribunal Pengurusan Strata.
Langkah-langkah di atas adalah diantara tindakan yang boleh dimulakan oleh JMB atau MC terhadap ‘defaulters’ yang enggan untuk membayar yuran penyenggaraan. Adalah penting untuk JMB mengetahui dan membuat tindakan yang betul yang dibenarkan oleh undang-undang bagi mengelakkan risiko kepada JMB atau MC berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya tindakan yang salah diambil oleh JMB dan MC.
Recent Comments