Salah satu cara membesarkan bisnes adalah dengan membeli bisnes yang sudah ditubuhkan. Ini cara terpantas untuk berkembang berbanding daripada membuka dan memulakan bisnes daripada mula. Setiap urusan jual beli ada risikonya; dan risiko jual beli bisnes jarang diperkatakan dan mungkin ramai yang akan terlepas pandang. Beberapa perkara yang perlu diambil tahu apabila membeli bisnes adalah seperti berikut:-
Beli Syarikat atau Beli Aset Bisnes?
Ini perkara utama yang sering terlepas pandang adalah apa yang dibelinya. Jika beli syarikat Sdn Bhd, anda beli saham syarikat. Jika beli aset bisnes, anda tak semestinya membeli syarikat tersebut.
Beli bisnes termasuk beli hutang dan liabiliti bisnes.
Pastikan anda jelas jika TIDAK membeli sekali hutang dan liabiliti.
Staf bisnes sedia ada – apa jadi dengan mereka?
Anda perlu pastikan perlantikan baru dikeluarkan kepada staf-staf bisnes.
Bila nak bayar duit?
Bayar dulu baru pindah milik syarikat? atau lepas tandatangan borang pindah milik saham?
Jangan ambil mudah bila berurusan jual beli bisnes. Bayangkan dah beli bisnes dengan harga RM100,000.00 tetapi bila dah beli, baru sedar bisnes ada hutang RM500,000.00! Nak lari tak boleh; tanggungjawab nak bayar hutang bisnes adalah pada pemilik baru.
Jangan nak jimat bayar peguam sehingga hangus beratus ribu ringgit!
Jadilah pembeli yang bijak.
Recent Comments