Banyak produk dan servis diluar sana yang sedang mencari agen bagi menjugal produk dan servis mereka. Ada produk viral, ada yang produk dah lama dipasaran. Pulangan kepada agen juga berbeza dan kebanyakkan amat lumayan.
Perlu ingat bahawa semua bukannya sama; bukan seindah rupanya. Ramai juga agen yang menjadi mangsa principal yang tidak beretika dan tamak. Principal hilang meninggalkan masalah dan stok berlebihan kepada agen. Principal dah kaya dengan jualan berjuta-juta tetapi agen menanggung kerugian (dan terpaksa menghadapi tindakan undang-undang). Sebelum anda mengambil keputusan untuk menjadi agen jualan, anda perlu tahu beberapa perkara tersebut di dalam membuat pilihan samada ingin terus menjadi agen jualan produk atau servis tersebut.
Sebelum menjadi Agen menjual Produk atau Servis, pastikan :-
1. Kenali Siapa Principal Anda
Adakah anda berurusan dengan syarikat, milikan tunggal atau individu. Pastikan anda mengenal principal sebenar dan bukan duta syarikat atau tukang cakap. Carian syarikat atau individu boleh dilakukan untuk mendapatkan kepastian. Minta dokumen sokongan, lesen dan dokumen yang relevan sebelum menjadi agen jualan mereka. Adalah hak anda untuk meminta dokumen-dokumen untuk mendapatkan kepastian. Agak musykil jika mereka tidak dapat atau tidak hendak memberi maklumat Principal.
2. Principal Adalah Entiti Sah Dari Segi Undang-Undang
Pastikan principal anda mempunyai lesen syarikat, lesen berniaga, jika individu, individu tidak bankrup, kalau syarikat perlancongan yang di daftarkan dengan Kementerian Pelancongan, etc.
3. Produk Atau Servis Adalah Sah Disisi Undang-Undang
Jika produk kesihatan kena ada kelulusan, produk makanan pun sama etc.
4. Produk Atau Servis Selamat Digunakan
Produk kecantikan tidak beracun dan merbahaya, kandungan makanan selamat dan halal etc., produk selamat digunakan.
5. Cara Menjalankan Perniagaan Adalah Sah
MLM perlu ada lesen dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); kalau menjual di tepi jalan adalah tidak sah jika tiada lesen dari Majlis Perbandaran; kutip-kutip duit juga salah (illegal deposit taking); menjual produk dan servis yang tidak mempunyai lesen Harta Intelek etc.
6. Cara Pembayaran Komisyen Telus Dan Bertulis
Cara pembayaran dan kiraan komisyen perlu telus dan dalam bentuk bertulis untuk mengelakkan salah faham dan pertelingkahan.
7. Penamatan Adalah Adil Dan Telus
Terdapat ramai juga berlaku situasi dimana agen ditamatkan apabila sedang rancak berniaga semata-mata bergaduh dengan Principal. Kadang-kadang penamatan berlaku bukan atas alasan bisnes tetapi terdapat pertelingkahan diantara agen dan Principal. Penamatan perlu adil dan telus dan berdasarkan pelanggaran perjanjian; bukan atas apa-apa alasan sesuka hati Principal.
8. Perjanjian Bertulis
Seharusnya ada perjanjian bertulis diantara Principal dan agen. Adanya perjanjian bertulis biasanya memberi lebih kredibiliti dan jaminan bahawa bisnes Principal lebih stabil, teratur dan telus. Pastikan anda baca dulu ya perjanjian bertulis.
Recent Comments